Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menurut Kementerian Pertahanan Rusia pada hari Ahad, tentera Syria telah berjaya menguasai semula bandar Al-Tall yang terletak di wilayah Damsyik.
"Bandar Al-Tall yang sebelum perang memiliki populasi melebihi 60000 orang telah jatuh ke kawalan Angkatan Tentera Syria," kata Kementerian Pertahanan Rusia.
Kawasan itu sebelumnya dikuasai oleh kumpulan al-Nusra yang merupakan sekutu al-Qaeda di Syria.
Selain daripada itu seramai 500 anggota kumpulan Jabhat Fatah al-Sham (dahulunya dikenali sebagaial-Nusra) bersama 1500 ahli keluarga mereka juga telah dipindahkan dari bandar Al-Tall ke Idlib.
"Kumpulan penentang militan menggunakan kesempatan daripada proses pengampunan umum yang diumumkan oleh Presiden Syria. Mereka berhenti berperang dan seterusnya menyatakan hasrat mereka untuk lari ke Idlib melalui proses perbincangan. Sebelum berpindah, mereka menyerahkan kesemua senjata berat dan 200 buah senjata ringan kepada pihak kerajaan," kata Kementerian Pertahanan Rusia.
4 Disember 2016 - 12:34
News ID: 795942
Menurut Kementerian Pertahanan Rusia pada hari Ahad, tentera Syria telah berjaya menguasai semula bandar Al-Tall yang terletak di wilayah Damsyik.